Thursday, 13 March 2008

Sebuah Cerpen Suspens Tanpa Nama.

Usai solat Subuh, aku capai buku. Aku buka, mahu baca. Arghh..tak habis baca. Macam mana ni? Aku ke katil, mahu tidur. Bukan tidur sepicing dua, mahu tidur hingga melewati batasan waktu.

Telefon bimbit dicapai, ku hantar pesanan ringkas, seringkas mungkin. Kali ini aku nekad, kali ini aku bulatkan tekad. Aku juga mampu, aku juga kuat. Kuat seperti orang lain.

Sudah berminit2 berlalu. Tiada report bahawa mesejku diterima. Rasa tidak sedap hati pula. Sudah 7.30am, last call! Last call utk bertindak. Ah....aku tidak mahu endah pada amaran itu, last call pun, last call lah. Peduli apa aku.Tapi................aku akhirnya akur. Aku bergegas, pelan ke-2 harus ada, sekurang-kurangnya.

Selesai urusan pertama.Kini aku dipersimpangan delima lagi. Mahu atau tidak? Aku menoleh, berpaling meminta pendapat.
"Camne eh? Nak ke tak?"
Tiada jawapan.
"Nak ke tak?!"
Aku bertegas. Namun tiada jawapan lg.
Ah...gila apa aku agaknya. Mashi Moro ini mana boleh bercakap! Ini objek tanpa nyawa. Aku letak Mashi Moro yang ber'snow cap' biru elok-elok, barangkali dia kesejukan.

Ku kerling jam tangan, sementelahan aku tiada jam dinding. Masih awal lagi untuk bergerak. Aku perlu tetap pendirian, perlu buat keputusan. Aku tidak senang duduk , bak cacing kena antihelmintic preparation rasanya. Aku bangun, cuba untuk membunuh masa. Seterika dicapai, mula menyeterika. Aneh, hari ini rasa mahu menyeterika T-shirt pun ada. Ah, tak perlu, ini aktiviti untuk membuang masa.

Masih banyak masa lg. Aku capai buku. Aku baca lg, baca lg dan lg. Entah apa yang aku baca agaknya.

Time's up!!!! Aku capai beg, pakai jaket hitam, rasa kurang yakin. Keluar tanpa menoleh. Aku berhenti seketika, sebelum pintu dikunci, aku berpesan: "Mashi Moro, jaga bilik elok2. Kakak gi dulu.". Pintu ditutup rapat.

Masuk hari ini, sudah kali ke-3. Sudah kali ketiga aku gagal. Aku gagal ponteng kelas lagi.

Sekian.

p/s: :p

7 comments:

Anonymous said...

wakihkihkihkih mmng lawak arrr.... Bile Mashi Moro dilibatkan, rase ade xkene plaq :P

amycheali85 said...

hahaha..ain,entry yg best! =)

amano said...

HAHAH ain, smalam ko berjaya ponteng! tahniah!!!!! u're a man now!

Anonymous said...

Ponteng cycle apa ni?hehe..xcaya kak ain ponteng!!=p

'Ain Nasir said...

Mashi Maro ialah sebuah soft toy tanpa nyawa. Dia terlibat secara tidak langsung dlm kehidupan watak di dalam cerpen.

Entry ini mengisahkan betapa utk memonteng kelas adalah perkara yg sukar bagi sesetengah pihak. Rasa bersalah akan berkelumit di hati.

Entry ini bukan menceritakan perihal penulis atau rakan2 penulis. Juga tiada kaitan antara hidup dan mati.

Sekian

Anonymous said...

wah2...sudah pndai taip2 cerpen nmpk...wei..ko ponteng? x caya..aku sgt2 x caya...ahahhahha

p/s: aku x penah ponteng klas..sejak skolah smpai la nih..{baik x? (^_^)V}
except sekali tuh pn sbb nk kena siap'n assg. yg nk kena hnto belah ptg..heee

SuWEi said...

hehe...hello ain..

let's leave a msg here as the proof that i've been to ur blog.

erm..juz a good advice,

Don't get influenced by ur spoiled, lazy groupmate here, especially when it's leading u to the wrong path!!!

hehe..