Thursday, 13 November 2008

Ada Apa Dengan Diabetes?

14 November ialah World Diabetes Day.

Kenapa 14 November?
14 Nov. dipilih sebagai hari diabetes sedunia sbb itu merupakan tarikh kelahiran penemu (discoverer) insulin, Federick Banting. Beliau menerima Nobel Prize atas hasil kajian beliau yang gigih itu...Oh ye, untuk yang tak tahu, diabetes atau lebih tepat lagi diabetes melitus tu ialah penyakit kencing manis, bak kata org Melayu.

Adakah?

Adakah kencing perlu manis atau bergula untuk dikira sebagai penyakit? Oh ho, tentu tidak. Ada kes kencing tak manis tapi dikira berpenyakit kencing manis, dan ada kencing bergula tapi tak dikira berpenyakit kencing manis. So, apakah kencing manis itu. Ok, sebenarnya, penyakit kencing manis ini bukanlah diukur pada kandungan gula (glukosa) dalam air kencing (urine). Tetapi diukur pada kandungan gula dalam darah. Kencing manis didiagnos apabila kandugan gula dalam darah :

1) 7 mmol/L atau lebih (fasting)

2)11 mmol/L atau lebih (2hours after meal)

Tetapi lebih tepat lagi apabila kandungan glycated hemoglobin melebihi 7%. Apa itu glycated hemoglobin? Glycated hemoglobin terjadi apabila glukosa terikat pada hemoglobin secara kovalen tanpa bantuan enzim. Ukuran ini lebih tepat kerana kita dapat mengukur paras glukosa dalam darah sejak 3 bulan yang lalu.


Mengapa?

Kenapa kencing manis bahaya? Secara ringkasnya, paras gula yang tinggi dlm darah bagi tempoh yang lama akan menukar proses metabolik dalam tubuh dan mengubah keadaan salur darah. Keadaan ini menyebabkan berlaku kekacauan dalam semua proses asal. Salur darah menebal, mudah luka dan cepat tersumbat. Proses metabolik lemak terganggu dan akibatnya kandungan lemak pula menjadi tinggi dalam darah. Dan pelbagai lagi kekacauan melanda.


Jadi atas kesedaran bahawa penyakit diabetes melitus (DM) ini membawa 1001 komplikasi, masalah dan kepayahan, maka wajarlah dicegah sedari awal. Atau sekiranya tidak mampu dicegah kerana sudah disahkan mengidap DM, perlulah mengambil langkah awal untuk mengelakkan atau melewatkan komplikasi.

Bagaimana?

Sebenarnya untuk bercerita perihal pencegahan DM dan komplikasi memang panjang. Tetapi hari ini mari bercakap tentang pengetahuan kepada pesakit dan orang ramai sebagai langkah pencegah primer (education of the patient and the public as primary prophylaxis).



Pernahkah anda mendengar tentang sekolah diabetes? Sebuah sekolah yang mengajar cara-cara menguruskan diri sebagai pesakit diabetes? Di Russia, kewujudan sekolah diabetes memang tidak asing lagi. Kanak-kanak terutamanya yang mengidap diabetes melitus jenis 1 akan menghadiri sekolah ini. Mereka akan diajar pemakanan seimbang dan sesuai dengan keperluan, cara menyuntik insulin, dos insulin diperlukan, senaman, penjagaaan diri dan banyak lagi. Jadi pesakit ini sudah tahu betapa pentingnya insulin kepada mereka, perlunya untuk mengira dan mengambil tahu apa yang mereka makan dan bagaimana mengubah dos insulin mengikut keperluan. Ibu bapa atau kaum keluarga pesakit juga adakalanya menghadiri sekolah ini. Sesungguhnya, merawat penyakit diabetes ini bukan mudah. Perlu ada sokongan dari segi moral mahupun kewangan kepada pesakit ini.


Di tempat kami belajar, di Nizhny Novgorod berlangsungnya sambutan hari diabetes selama 3 hari bermula 13 hingga 15 November 2008, di Puppet Theater, Ulitsa Bolshaya Pakrovskaya. Kami baru sempat menghadiri hari pertama sambutan ini. Kami kelas 631 F telah dikehendaki menghadiri sambutan ini selama 2hari.


Apa yang menarik?
Sekitar dewan teater, terdapat banyak pameran berkenaan diabetes,antaranya tentang insulin, glucometer, ubat-ubatan, insulin pen, non caloric sugar dan banyak lagi. Terdapat juga pameran berkenaan penyakit kardiovaskular, alatan dari syarikat Omron, ubat gigi diabetes, jurnal-jurnal perubatan dan lain-lain. Pameran terbuka untuk orang ramai.


Profesor Strongin juga turut memberi ceramah. Ceramah beliau adalah berkenaan DM jenis 2: penyelidikan moden dan masalah lama. Oh ya, semua ceramah dalam bahasa Russia ya. Tetapi masih boleh difahami.:). Kami hanya sempat mendengar 3 ceramah sahaja termasuk ceramah oleh Profesor Strongin. Ceramah lain berkenaan masalah dyslipidemia di kalangan pesakit diabetes melitus dan kajian pesakit di hospital No.4.


Apa yang menarik ialah melihat kesungguhan pesakit-pesakit ini datang untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit mereka atau anak mereka. Bayangkan pakcik-makcik yang dah tua sanggup menaiki bas semata- mata untuk menghadiri majlis ini. Kami cukup terharu dengan kegigihan mereka. Sekurang-kurangnya, mereka mempunyai kesedaran. Alangkah baiknya jika pesakit di Malaysia juga begini. Bukan pesakit dan pelajar sahaja yang menghadiri majlis ini, malahan doktor2, pakar2 dan guru2 juga datang. Ada yang bukan dari Nizhny Novgorod.


Menarik di pameran:


Diari khusus untuk pesakit diabetes. Menarik, berwarna-warni, berinfomasi, kecil dan padat. Di diari ini, pesakit akan mencatatkan apa yang mereka makan, mengira jumlah kalori, unit roti (bread unit), dos insulin disuntik dan paras glukosa darah. Di dalam diari juga disertakan panduan berguna buat pesakit; seperti tanda-tanda hipoglysemia dan pencegahan, jumlah kalori dalam makanan dan unit roti, dll.

Terdapat juga buku panduan yang mengandungi senarai makanan beserta unit roti, pesakit tak perlu mengira lagi.
Dalam diari. Comel pula.

Risalah tentang kumpulan baru ubat diabetes: Incretin mimetic. Byetta.
Sampel gula bukan kalorik: Aspartame, jenama Sugar-Free.
Mahu kurus? Terdapat panduan menguruskan badan (lebih kepada promosi ubat sebenarnya) dan perihal Meridia (Sibutramine), sejenis penahan selera (appetite suppressant). Ubat ini membuatkan cepat rasa kenyang di sebalik kuantiti makanan yang kurang.
Sebahagian jurnal perubatan yang ada. Profesor Medvedev (cikgu cardiothoraxic)pun ada published hasil kajian beliau kali ini. Ada juga kajian tentang varicose vein of spermatic cord.

Akhir kata, selamat menyambut hari diabetes sedunia! Cegah sebelum kena.