Thursday, 27 March 2008

Mari Mengundi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entry kali ini ber'запах' politik.

Isu berbangkit kali ini ialah pemilihan pihak berkuasa tempatan dan JKK setempat.
Saya sangat bersetuju dengan saranan Karpal Singh yang mahu pemilihan PBT yang dimansuhakan pada 1965 diadakan semula. Namun, pemilihan ini mungkin akan berlaku di Pulau Pinang sahaja. Namun, bagi negeri-negeri lain (terutamanya Melaka) masih boleh mencadangkan supaya pemilihan PBT dibuat di negeri masing-masing. Jika perkara ini terlaksana, penduduk setempat boleh memilih datuk bandar, menentukan siapa layak utk menguruskan perihal sampah-sarap, siapa patut gubah bunga di tengah2 roundabout etc... Malahan, dengan pemilihan tersebut, PBT tidak akan buat pekak setiap kali ada aduan, kerana mereka sedar bahawasanya mereka naik pun sebab dipilih orang ramai. Mungkin akan berkurangan kes2 anak tirikan kawasan; contohnya pengurusan sampah di kawasan kediaman datuk bandar dan saudara mara beliau lebih cekap berbanding dengan di kawasan lain. Diharapkan pembaziran yang tidak perlu juga dapat dielakkan. Contohnya, saya sangatlah tidak berpuas hati dengan adanya patung replika gajah di simpang hendak menuju ke Alor Gajah. Saya tahu itu sebagai landmark, tetapi tidakkah itu membazir namanya? Malahan di waktu malam pula, ada lampu lip-lap menghiasi patung tersebut. Bukan itu sahaja, berpuluh-puluh batang pohon kelapa palsu yang dihias cantik dengan lampu kelip-kelip juga 'ditanam' si sepanjang jalan. Tidakkah ini membazir elektrik namanya? Tidak cukupkah dengan meletakkan lampu jalan? Bukankah lebih praktikal? Saya tahu ini cadangan dari kerajaan negeri, tetapi siapa pula yang meluluskan jikalau bukan PBT? Kemudian, dinaikkan pula cukai pintu, tanah, etc bagi menampung pembaziran ini. Jika dilihat masalah jalan berlubang masih tidak diatasi dengan baik, keadaan bus station Alor Gajah masih lagi teruk, dan pelbagai lagi.

Perihal pemilihan JKK pula, yang ini saya sangat2lah bersetuju. Jika di kampung saya, hanya parti tertentu sahaja yang boleh manjadi JKK. Sebabnya? Parti mereka yang menang pilihan raya. Ok, ada logik juga di situ. Tetapi, pada pandangan saya, pemilihan JKK juga sepatutnya lebih neutral dan terbuka. Penduduk kampung patut diberi hak untuk memilih ketua kampung mereka tidak kira parti apa yang mereka undi (sebab undi adalah rahsia). Jika mereka mahu calon kalangan parti tertentu pun, pengundi patut terdiri daripada seluruh penduduk kampung dan bukannya ahli berdaftar parti tertentu sahaja. Jadi masalah lampu jalan rosak dan tidak dibaiki kerana 'kamu orang pembangkang/kamu bukan ahli' sepatutnya tidak timbul. Nasib baiklah si pembangkang itu tadi berjiran dengan Ketua Pemuda parti tertentu itu di kampung tersebut, maka lampu jalan di hadapan rumah beliau cepat dibaiki jika rosak. Bagaimana pula, jika lorong/ jalan tersebut dihuni oleh golongan pembangkang/bukan ahli berdaftar rata-ratanya? Anda boleh melihat perbezaannya.

Saya bukanlah pro mana-mana pihak dan saya bukan anti-kerajaan. Cuma saya tidak bersetuju dengan sistem yang berada di hadapan mata. Saya berasa ianya muak, mual dan meloyakan. Saya mahukan perubahan. Saya benci melihat nepotism berlaku di peringkat akar umbi. Benar, saya tidak mengundi pada pilihan raya yang sudah. Tetapi, saya pasti akan mengundi di pilihan raya yang akan datang. Jika saya boleh mengundi dalam pemilihan datuk bandar, PBT dan JKK sekalipun, saya pasti akan turut serta.

p/s: ini pandangan peribadi penulis. Penulis menggunakan contoh setempat kerana penulis mengetahui perihat tempat tinggalnya. Jadi, pandangan penulis terbatas pada kajian kes setempat dan pengetahuan umun yang penulis tahu. Penulis masih belajar dan cuba meningkatkan pengetahuan semasa lagi. Harap maklum.

Sunday, 23 March 2008

Sekalung Tahniah

Kehadapan Kekandaku, Mohd Hafiz Bin Mohd Nasir,

Tahniah di atas pertunangan anda. Semoga segala urusan berjalan lancar.

Dari: adikmu, Noor 'Ain Binti Mohd Nasir

Friday, 21 March 2008

From Russia with Love

Снег, снег не идёт,
Уходи, беги, лети,
Как хочешь.

До следующей зими.


Thursday, 13 March 2008

Sebuah Cerpen Suspens Tanpa Nama.

Usai solat Subuh, aku capai buku. Aku buka, mahu baca. Arghh..tak habis baca. Macam mana ni? Aku ke katil, mahu tidur. Bukan tidur sepicing dua, mahu tidur hingga melewati batasan waktu.

Telefon bimbit dicapai, ku hantar pesanan ringkas, seringkas mungkin. Kali ini aku nekad, kali ini aku bulatkan tekad. Aku juga mampu, aku juga kuat. Kuat seperti orang lain.

Sudah berminit2 berlalu. Tiada report bahawa mesejku diterima. Rasa tidak sedap hati pula. Sudah 7.30am, last call! Last call utk bertindak. Ah....aku tidak mahu endah pada amaran itu, last call pun, last call lah. Peduli apa aku.Tapi................aku akhirnya akur. Aku bergegas, pelan ke-2 harus ada, sekurang-kurangnya.

Selesai urusan pertama.Kini aku dipersimpangan delima lagi. Mahu atau tidak? Aku menoleh, berpaling meminta pendapat.
"Camne eh? Nak ke tak?"
Tiada jawapan.
"Nak ke tak?!"
Aku bertegas. Namun tiada jawapan lg.
Ah...gila apa aku agaknya. Mashi Moro ini mana boleh bercakap! Ini objek tanpa nyawa. Aku letak Mashi Moro yang ber'snow cap' biru elok-elok, barangkali dia kesejukan.

Ku kerling jam tangan, sementelahan aku tiada jam dinding. Masih awal lagi untuk bergerak. Aku perlu tetap pendirian, perlu buat keputusan. Aku tidak senang duduk , bak cacing kena antihelmintic preparation rasanya. Aku bangun, cuba untuk membunuh masa. Seterika dicapai, mula menyeterika. Aneh, hari ini rasa mahu menyeterika T-shirt pun ada. Ah, tak perlu, ini aktiviti untuk membuang masa.

Masih banyak masa lg. Aku capai buku. Aku baca lg, baca lg dan lg. Entah apa yang aku baca agaknya.

Time's up!!!! Aku capai beg, pakai jaket hitam, rasa kurang yakin. Keluar tanpa menoleh. Aku berhenti seketika, sebelum pintu dikunci, aku berpesan: "Mashi Moro, jaga bilik elok2. Kakak gi dulu.". Pintu ditutup rapat.

Masuk hari ini, sudah kali ke-3. Sudah kali ketiga aku gagal. Aku gagal ponteng kelas lagi.

Sekian.

p/s: :p

Monday, 10 March 2008

Mengapa Harus Menonton?

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh (jawab, tak jawab dosa)
And Salam Sejahtera to all,

Menonton menjadi aktiviti utk menghabiskan masa lapang bagi sesetengah org. Dan saya yakin, aktiviti ini menjadi pilihan ramai. Jadi, persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah: Mengapa Harus Menonton?

Menonton dalam konteks ini merangkumi menonton kaca TV, wayang, cerita bersiri di komputer riba, menonton melalui pancaran LCD dan pelbagai cara-cara lain lagi. Jadi pendek kata, kita berbicara tentang semua yang berkaitan dengan menonton.

Dengan menonton, kita cuba utk berpaling dari realiti. Kita tidak mahu memikirkan masalah yang berkusut di minda. Bak terapi minda, kita seakan-akan berasa lebih tenang, selesa, ceria dan pelbagai perasaan possitif. Tapi malang sekali, efek terapi ini hanya utk tempoh masa yang singkat. Efek selepas (after effect) selalunya tidak lama. Analoginya, seperti mengambil amantadine atau ramontadine utk influenza, therapeutic effect hanyalah tatkala pengambilan, apabila berhenti pengambilan, maka tiadalah kesan antiviral itu tadi.

Selain itu, dengan menonton, kita menjadi org lain. Jika dlm pskiatri, istilah depersonalization digunakan. Namun, penonton ini tadi tidaklah sehingga mengalami gangguan pskiatri, malahan tahap neurosis pun mereka tidak sampai. Ketika menonton, kita akan terbawa dan ter'masuk' ke dalam watak di dalam cerita. Jika perempuan, mahu menjadi seperti heroin. Jika yang llki, mahu menjadi seperti hero, Secara tidak langsung proses 'idolization' berlaku. Jika tidak pun, penonton sekurang-kurangnya berharap dapat berjumpa dengan seseorang seperti hero atau heroin dalam cerita tadi. Tidak percaya? Baiklah, saya ingin bertanya kepada penonton perempuan/wanita, berapa ramai yang selepas menonton cereka bersiri Jepun/Korea, berusaha memuat turun (download) gambar si hero, dan letak sebagai wallpaper? Jika tidak memuat turun gambar pun, anda akan mencari maklumat tentang hero td di majalah atau internet. Apa yang saya cuba sampaikan di sini, menonton menemukan kita dengan sesuatu yang tiada dalam realiti kita.

Saya katakan di sini, bahawa menonton adalah seperti mengambil ganja, opium, dan sebagainya. Menonton menjadikan kita ketagih. Kita sangat selesa ketika menonton dan kita mahukan keselesaan itu lagi dan lagi. Sehinggakan hujung minggu tanpa menonton menjadi semacam tidak kena. Kita mahu selesa, kita mahu lari, kita mahu menjadi orang lain sehingga kita boleh teracun (intoxicated). Utk melawan ketagihan kita kekadang mengalami withdrawal syndrome atau rebound, malahan keadaan menjadi makin teruk. Walaubagaimanapun, period tanpa tontonan tetap berlaku. Period ini berlaku di musim-musim peperiksaan atau ketika workload berlambak.Namun, selepas period ini berakhir, maka bermulalah ketagihan ini sehingga mewujudkan keadaan menonton tanpa henti atau movie marathon. Ia menjadi seperti satu kitaran: menonton-ketagih-tanpa tontonan-makin ketagih-menonton lagi-tambah ketagih-terpaksa berehat menonton-kembali menonton-kembali ketagih .........(kitaran berterusan). Kitaran ini nampak seperti tidak putus pula bak vicious cycle.

Sememangnya tidak salah menonton. Tetapi, berpada-padalah ketika menonton.

p/s: ini pendapat peribadi penulis.

Saturday, 1 March 2008

Pekakkah kita? Butakah kita?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani;

Mereka menelusuri sejarah yg panjang,
Pernah ditarah pelbagai bangsa,
Hatta saudara di sebelah rumah pun,
Pernah menjarah.

Bumi itu tak pernah gentar,
Bak halilintar cuba melawan,
Namun kudrat ada hadnya,
Kelak tersungkur, siapa yang tahu.

Di mana kita,
Saat saudara memohon bantuan?

Sekatan baru terhadap Iran - Majlis Keselamatan PBB adakan undian hari ini

NEW YORK 29 Feb. – Britain dan Perancis semalam menyatakan keyakinan bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan pengundian esok dan meluluskan sekatan baru ke atas Iran.
Kedua-dua negara itu menjadi penaja bersama satu resolusi untuk mengenakan sekatan pusingan ketiga ke atas Iran.

Dua sekatan sebelum ini diluluskan secara sebulat suara tetapi sekatan terbaru itu menghadapi bantahan daripada empat anggota bukan tetap yang telah membangkitkan pelbagai persoalan.
Keempat-empat negara itu ialah Libya, Indonesia, Afrika Selatan dan Vietnam.

Duta Britain ke PBB, John Sawers berkata, resolusi tersebut perlu diluluskan jika hendak dibentangkan dalam pengundian esok.
Ia disokong oleh lima anggota tetap pemegang kuasa veto iaitu Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Britain serta Perancis dan dijamin mendapat lebih daripada sembilan undi “sokongan” yang diperlukan dalam Majlis 15 anggota itu sekiranya mahu resolusi tersebut diluluskan.
“Hasrat kami untuk mengadakan pengundian secepat mungkin, dijangka esok, sebaik sahaja resolusi itu disiapkan dalam bentuk akhirnya,” kata Sawers semalam.

Bagaimanapun Duta Libya ke PBB, Giadalla Ettalhi memberitahu wartawan, beliau akan mengundi menentang draf resolusi itu.

Duta Indonesia, Marty Natalegawa juga mengulangi bantahan negaranya semalam.
“Sehingga hari ini, kami merasakan terdapat lebih banyak soalan daripada jawapan.
“Kita berada dalam kitaran sekatan, keingkaran, lebih banyak sekatan, lebih banyak keingkaran, dan di mana kesudahannya bagi Majlis Keselamatan?” soal beliau.
Laporan yang disiarkan pada Jumaat lalu itu menyatakan, kesangsian mengenai kegiatan nuklear Iran pada masa lalu telah diredakan atau dihapuskan.
Perkara itu ditekankan oleh Duta-Duta Libya dan Indonesia.