Saturday, 1 March 2008

Pekakkah kita? Butakah kita?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani;

Mereka menelusuri sejarah yg panjang,
Pernah ditarah pelbagai bangsa,
Hatta saudara di sebelah rumah pun,
Pernah menjarah.

Bumi itu tak pernah gentar,
Bak halilintar cuba melawan,
Namun kudrat ada hadnya,
Kelak tersungkur, siapa yang tahu.

Di mana kita,
Saat saudara memohon bantuan?

Sekatan baru terhadap Iran - Majlis Keselamatan PBB adakan undian hari ini

NEW YORK 29 Feb. – Britain dan Perancis semalam menyatakan keyakinan bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan pengundian esok dan meluluskan sekatan baru ke atas Iran.
Kedua-dua negara itu menjadi penaja bersama satu resolusi untuk mengenakan sekatan pusingan ketiga ke atas Iran.

Dua sekatan sebelum ini diluluskan secara sebulat suara tetapi sekatan terbaru itu menghadapi bantahan daripada empat anggota bukan tetap yang telah membangkitkan pelbagai persoalan.
Keempat-empat negara itu ialah Libya, Indonesia, Afrika Selatan dan Vietnam.

Duta Britain ke PBB, John Sawers berkata, resolusi tersebut perlu diluluskan jika hendak dibentangkan dalam pengundian esok.
Ia disokong oleh lima anggota tetap pemegang kuasa veto iaitu Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Britain serta Perancis dan dijamin mendapat lebih daripada sembilan undi “sokongan” yang diperlukan dalam Majlis 15 anggota itu sekiranya mahu resolusi tersebut diluluskan.
“Hasrat kami untuk mengadakan pengundian secepat mungkin, dijangka esok, sebaik sahaja resolusi itu disiapkan dalam bentuk akhirnya,” kata Sawers semalam.

Bagaimanapun Duta Libya ke PBB, Giadalla Ettalhi memberitahu wartawan, beliau akan mengundi menentang draf resolusi itu.

Duta Indonesia, Marty Natalegawa juga mengulangi bantahan negaranya semalam.
“Sehingga hari ini, kami merasakan terdapat lebih banyak soalan daripada jawapan.
“Kita berada dalam kitaran sekatan, keingkaran, lebih banyak sekatan, lebih banyak keingkaran, dan di mana kesudahannya bagi Majlis Keselamatan?” soal beliau.
Laporan yang disiarkan pada Jumaat lalu itu menyatakan, kesangsian mengenai kegiatan nuklear Iran pada masa lalu telah diredakan atau dihapuskan.
Perkara itu ditekankan oleh Duta-Duta Libya dan Indonesia.

9 comments:

Anonymous said...

bukan pekak atau buta... cuma tak tahu nak buat apa... ada cadangan?

'Ain Nasir said...

Sebagai rakyat atau blogger atau pemimpin persatuan atau ahli biasa atau apa-apa sahaja, kita perlulah peka dengan apa yg berlaku di luar sana. Dengan menjadi peka, kita akan sedar, apabila sedar kita akan cuba buat apa yang termampu; cthnya mengadakan diskusi (dlm kelas, dlm usrah, during piririv lecture Internal Med) utk memberi kesedaran, menggesa ketua OIC (tgh sibuk berkempen tu) mengambil peranan yang berkesan,menulis utk memberitahu (mari menjadi penggerak minda masyarakat; mata pena lebih tajam dari mata pedang)dan pelbagai lagi. Memang nmpk spt apa yang dibuat itu tidak memberi impak, tetapi saya yakin ianya proses jangka panjang, kita yang akan menjadi pemimpin. Adik-adik kita yang akan jadi menteri, penggubal undang-undang, setiausaha PBB, dan pelbagai lagi. Muda-mudi hari ini, penjana negara.

fairuzyusof said...

Assalamualaikum. Would like to add. InsyaAllah, Iran will be ok. Apa yg menyedihkan skrg ialah 'holocaust' sedang berlaku di Palestin. And all we can do just see and do nothing. Ketua OIC dan negara2 Islam lain nmpknya semua sedang BZ dgn urusan masing.:(

Wan Ying said...

Fairuz as in ain's darling, i mean, close fren??

wow! HI!! I'm Ain's classmate! THe pleasure and honour is totally mine as to be learning alongside such a wonderful personality whose aspirations and character often leave me in awe. You are lucky dude!

buahaha just kidding la. Please don't be horrified by my dramatic speech and action. I mean well.

*smiles sheepishly*

gekgekgek

amycheali85 said...

wan ying, CP also lucky to have u =)

amycheali85 said...

ehh..komen bende lain plak.hehe.sowi cik ain.btw,about the entry,personally kitorg during piririv pon slalo bincang isu2 semase.eg politic in msia.the opponent side,the governmnet side...all info we got.plus googles some more after class.huhu...u knoe gruppa L the bestest group in the world =)

the point is,muda mudi hari nie xbleh ikot jejak langkah parents diorg yg memimpin skrg! not in all cases of coz..ambik mane yg baik,tinggalkan mane yg kurang baik.

is it possible? hurm..let's train our children to be better one day...may Allah bless all of us -ameen-

fairuzyusof said...

Hi Wan Ying. Nice to meet you. :">

Well, yesterday it was finalized, another sanction for Iran. It was a cruel decision in my opinion, not just to Iran but to everyone as well. The Security Council members should have at least listen to Iran's explanations. Now we all will suffer thanks to everyone who voted for the sanction b'coz the oil price will surely increase after this. To the big 'A', your economy will surely slump. May be the current burden of inflation didn't teach you a lesson. Owh well, its the people who will suffer the most.

- Just a two cents opinion from me .

Anonymous said...

salam kak....saya x nak koemen sal post tue...tapi sy nk tny satu benda....sy skang nie duk kat intec..insyaALLAH bln 9 fly ke rusia in medicine....nak tny teruk sgt ke rusia 2....bley x klu cite skit sal rusia....

'Ain Nasir said...

to Anon:
Hmm...before thinking of pursuing study in medicine, first ask urself whether is it what u really want? bcoz, not matter how terrible the cond is, how bad the situation is u still can bear with it as long as u love it.
Well, Russia isnt really looks like other developed country. So, dun put a very hi expectation.But what can I say, after being here (NIzhny Novgorod) for ~5years, things have become a lot more better.
As for the education, I like the first 3 years. I really enjoyed learning anatomy in this med school. We had the chance to study (touching,palpating,playing) using the real cadavers like for hours. One of my fren (med student from UKM) told me that they can borrow cadaver which being placed in a glass container and studied them (kind of museum, U know).
But somehow, I dun like the way they deliver lectures. We will sit and the lecturer will read/recite, then we copy them. If they give the copies before hand or put them online, then, it will be better.
As for the clinical part, we spend a lot of time sitting and discussing in class more. We did see patient, but not so many, and it depends on the subject. During my last infectious disease rotation, we see no patient. But for the JPA students, they are (I'm) lucky, coz we have our extra practical classes with doctors once a week.

All in all, I dun think my med school is that really bad after all. It is not perfect with a lot of flaws, but may be by the time U come here things will be a lot, a lot, a lot more better.Remember, there's not absolute good med school in real world.
Hope this will help.