Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ini ber'запах' politik.
Isu berbangkit kali ini ialah pemilihan pihak berkuasa tempatan dan JKK setempat.
Saya sangat bersetuju dengan saranan Karpal Singh yang mahu pemilihan PBT yang dimansuhakan pada 1965 diadakan semula. Namun, pemilihan ini mungkin akan berlaku di Pulau Pinang sahaja. Namun, bagi negeri-negeri lain (terutamanya Melaka) masih boleh mencadangkan supaya pemilihan PBT dibuat di negeri masing-masing. Jika perkara ini terlaksana, penduduk setempat boleh memilih datuk bandar, menentukan siapa layak utk menguruskan perihal sampah-sarap, siapa patut gubah bunga di tengah2 roundabout etc... Malahan, dengan pemilihan tersebut, PBT tidak akan buat pekak setiap kali ada aduan, kerana mereka sedar bahawasanya mereka naik pun sebab dipilih orang ramai. Mungkin akan berkurangan kes2 anak tirikan kawasan; contohnya pengurusan sampah di kawasan kediaman datuk bandar dan saudara mara beliau lebih cekap berbanding dengan di kawasan lain. Diharapkan pembaziran yang tidak perlu juga dapat dielakkan. Contohnya, saya sangatlah tidak berpuas hati dengan adanya patung replika gajah di simpang hendak menuju ke Alor Gajah. Saya tahu itu sebagai landmark, tetapi tidakkah itu membazir namanya? Malahan di waktu malam pula, ada lampu lip-lap menghiasi patung tersebut. Bukan itu sahaja, berpuluh-puluh batang pohon kelapa palsu yang dihias cantik dengan lampu kelip-kelip juga 'ditanam' si sepanjang jalan. Tidakkah ini membazir elektrik namanya? Tidak cukupkah dengan meletakkan lampu jalan? Bukankah lebih praktikal? Saya tahu ini cadangan dari kerajaan negeri, tetapi siapa pula yang meluluskan jikalau bukan PBT? Kemudian, dinaikkan pula cukai pintu, tanah, etc bagi menampung pembaziran ini. Jika dilihat masalah jalan berlubang masih tidak diatasi dengan baik, keadaan bus station Alor Gajah masih lagi teruk, dan pelbagai lagi.
Perihal pemilihan JKK pula, yang ini saya sangat2lah bersetuju. Jika di kampung saya, hanya parti tertentu sahaja yang boleh manjadi JKK. Sebabnya? Parti mereka yang menang pilihan raya. Ok, ada logik juga di situ. Tetapi, pada pandangan saya, pemilihan JKK juga sepatutnya lebih neutral dan terbuka. Penduduk kampung patut diberi hak untuk memilih ketua kampung mereka tidak kira parti apa yang mereka undi (sebab undi adalah rahsia). Jika mereka mahu calon kalangan parti tertentu pun, pengundi patut terdiri daripada seluruh penduduk kampung dan bukannya ahli berdaftar parti tertentu sahaja. Jadi masalah lampu jalan rosak dan tidak dibaiki kerana 'kamu orang pembangkang/kamu bukan ahli' sepatutnya tidak timbul. Nasib baiklah si pembangkang itu tadi berjiran dengan Ketua Pemuda parti tertentu itu di kampung tersebut, maka lampu jalan di hadapan rumah beliau cepat dibaiki jika rosak. Bagaimana pula, jika lorong/ jalan tersebut dihuni oleh golongan pembangkang/bukan ahli berdaftar rata-ratanya? Anda boleh melihat perbezaannya.
Saya bukanlah pro mana-mana pihak dan saya bukan anti-kerajaan. Cuma saya tidak bersetuju dengan sistem yang berada di hadapan mata. Saya berasa ianya muak, mual dan meloyakan. Saya mahukan perubahan. Saya benci melihat nepotism berlaku di peringkat akar umbi. Benar, saya tidak mengundi pada pilihan raya yang sudah. Tetapi, saya pasti akan mengundi di pilihan raya yang akan datang. Jika saya boleh mengundi dalam pemilihan datuk bandar, PBT dan JKK sekalipun, saya pasti akan turut serta.
p/s: ini pandangan peribadi penulis. Penulis menggunakan contoh setempat kerana penulis mengetahui perihat tempat tinggalnya. Jadi, pandangan penulis terbatas pada kajian kes setempat dan pengetahuan umun yang penulis tahu. Penulis masih belajar dan cuba meningkatkan pengetahuan semasa lagi. Harap maklum.
Lama tak update
13 years ago
4 comments:
"keadaan bus station Alor Gajah masih lagi teruk" beb...ko dh lama x blk mesia..stesen tu dh d'upgrade...x teruk dah
hhahaha..pd thn 2007 buruk sahaja bus station tersebut. Tgk, nak upgrade pun ambil ms yg lama. Ni tah2 upgrade sempena PRU12. Hahahaha...
hantar je karangan ni ke suratkhabar... bukan mainstream la tapi..
huhuhu...tue ko tak datang trg lagi tue ain..tgk 'kemajuan' terengganu negeri ke-2 terkaya di msia after selangor..hahaha
Post a Comment