Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..
Bersempena dengan tahun baru yang menjelang tiba dan cuaca sejuk yang melanda Eropah dan negara yang seiklim dengannya, saya ingin bercerita ttg common cold.
Common cold ialah jangkitan oleh virus pada sistem respirasi manusia. Menurut laman web Mayo Clinic, terdapat lebih 200 virus yang menyebabkan common cold ini. 2 virus utama datang dari kumpulan coronavirus dan rhinovirus.
Simptom-simptom (betul ke ejaan BM ini?) yang melanda pesakit adalah tidak spesific. Antaranya peningkatan suhu badan (selalunya tidak mencecah 40 degree C), lemah-lemah badan, hidung berair, bersin, hidung tersumbat, batuk, pedih mata dan lain-lain.
Tetapi pesakit tidak perlu risau kerana jangkitan ini biasanya berlarutan dari 5hari hingga 2minggu. Tidak perlu berjumpa doktor atau membeli ubat di farmasi. Pesakit biasanya akan sembuh. Bak kata cikgu ENT saya, "dengan rawatan pesakit akan sembuh dalam tempoh 7hari, tanpa rawatan pesakit akan sembuh dlm tempoh seminggu." Jangan mengambil antibiotik kerana agen pembawa penyakit ialah virus. Jangan mengambil anti virus juga, kesan sampingan antivirus melebihi faedah jika mengambilnya. Tidak perlu mengambil panadol juga. Panadol memberi kesan sampingan yang kurang baik juga. Malahan menurut kajian, ubat-ubatan bagi common cold yg berada di pasaran tidak terbukti mengurangkan simptom dan tempoh jangkitan.
Jadi, di sini saya ada sertakan resepi yang dipanggil air lemon bermadu. Baik utk tekak dan terapi ini juga beekesan untuk penghidratan.
1) Potong lemon dan perah jusnya
2) Letak madu pada perahan lemon
3) Tambah air panas
4) Tambah gula jika mahu
5) Sedia utk diminum.
Ketika selsema, pastikan anda sentiasa menggunakan tisu yang sering ditukar ganti. Jangan berdekat-dekatan dengan kawan-kawan, jadi duduk diam2 dan berehat. Mintalah cuti. Pastikan sentiasa membasuh tangan sebelum dan sesudah mkn, keluar dari bilik air dan lain-lain tempat.
Sekian sahaja, tips kesihatan kali ini.
p/s: maaf jika ayat kelihatan pelik, saya cuba belajar menerangkan perihal kesihatan kepada orang awam yg tidak pernah belajar perubatan. Ini kajian yang dibuat ketika diserang common cold tempoh hari.
Lama tak update
13 years ago