Tuesday, 29 April 2008

Jgn Pandang Sepi

Assalamualaikum & salam sejahtera,



Hari ini ku membaca akhbar secara atas talian lagi. Tertarik kepada dua buah artikel berasingan. Kedua-duanya mengisahkan kejadian bunuh yang dilakukan oleh pesakit pskiatri. Saya tidak menyalahkan pesakit tersebut. Sesungguhnya mereka tidak dapat berfikir dan merasa seperti kita yang normal. Mereka tiada pertimbangan seperti yang normal, meraka di dunia mereka sendiri. Maka, apa peranan kita dalam membendung permasalahan ini?

Umum akan cuba menjauhi pesakit sebegini. Saya tidak pula menggalakkan anda mendekati mereka sewenang-wenangnya. Anda perlu berpengetahuan dan berhati-hati ketika berhadapan dengan mereka. Namun, mereka masih manusia biasa seperti anda. Mereka lebih tersentuh, hipersensitif, dan adakalanya berada di dunia tersendiri. Tingkah laku mereka di luar jangkaan kita.

Saya tidak mahu berbincang tentang penyakit pskiatri secara satu-persatu. Anda boleh membacanya di dalam buku. Saya ingin mengulas tentang layanan stereotype yang sering mereka terima.

Menggelarkan mereka;'Orang Gila', 'Setengah Suku', 'Tiga Suku' dan lain-lain lagi bukanlah sesuatu yang baik. Malahan boleh membuatkan mereka terasa hati. Mengherdik mereka sesuka hati juga boleh membangkitkan marah mereka. Awas. Ketika mereka marah, tindak balas mereka adakalanya membahayakan. Mengejek, mengeji, mencerca mereka juga boleh menyumbangkan kepada kes-kes bunuh seperti ini.

Sebagai orang dewasa, kita seharusnya menghormati mereka. Mereka tidak hina dan kita tidak pula lebih 'manusia' berbanding mereka. Cuba fahami keadaan mereka. Jika tidak tahu, rajin-rajinlah membaca tentang penyakit mereka. Ajari kanak-kanak kecil untuk tidak bersikap biadap dengan mereka. Pada pandangan peribadi saya, tidak salah untuk anda menasihati anak-anak anda (atau adik-adik) supaya berhati-hati dengan pesakit ini. Namun, amatlah anda perlu menyatakan bahawa mereka sebenarnya sakit, perlu dihormati, jangan diganggu sesuka hati, mudah tersentuh dan lain-lain nasihat yang difikirkan sesuai. Amat penting juga untuk memberitahu bahawa pesakit ini juga manusia sama seperti orang lain.

Kita patut melihat mereka dengan kacamata berbeza kali ini.

Friday, 25 April 2008

Jiwa Kacau

Marilah beriman sejenak,
Sesungguhnya hati lebih berbolak balik,
Berbanding periuk yg menggelegak.









p/s: kemaafan diminta dari kalian.

Sunday, 20 April 2008

Happy..Happy..Happy..

Happy Birthday to En. F
(^_^)v

Wednesday, 16 April 2008

Stigmatization

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini merupakan update ringkas.

Saya sungguh tidak berpuashati dengan generalization terhadap orang Melaka.
Generalization nya berbunyi begini: Orang Melaka bukan kasar ke percakapannya? Suka mencarut-carut?

Persoalan ini dilontarkan oleh En. ClassRep. pada hari ini. Ini bukan yang pertama. Malahan acapkali apabila sesi berbual-bual mengenai negeri kelahiran, soalan ini akan timbul. Kali pertama saya mendengar soalan ini ialah ketika di Mozac Bumi Bertuah. Seorang sahabat berkata: "Orang Melaka suka cakap kasar lah. Dulu aku tidak pernah sebut ba alif ba ya. Sekarang sejak sekolah kat Melaka, aku dah jadi terbiasa."
Saya hairan, saya pelik. Apakah kaitan dengan orang Melaka? Saya tidak pula gemar mencarut-carut. Malahan berkata seperti itu tidak mencerminkan peribadi seorang muslimah dan intelek pada saya.

Perkataan seperti 'lahabau' dikatakan berasal dari Melaka. Namun, saya tidak pernah mendengar orang di kampung saya menyebutnya, samada tua mahupun muda. Atau saya yang kurang bergaul dengan orang2 di kampung? Malahan apakah maksud perkataan itu tiadalah saya tahu.

Apabila perkara ini dibangkitkan, saya akan bertanya kembali kepada si penanya: "Adakah pernah mendengar saya/aku berkata sedemikian? Pernahkah terlihat/terdengar saya berkata kata-kata carut-marut kepada anda/sesiapa sahaja?"
Biasanya, mereka akan terdiam dan membalas seperti:"Kamu/kau lain. Aku dulu ada kawan dari Melaka, mereka begini dan begini".

Saya adalah anak jati Bumi Hang Tuah, ibu bapa saya berasal dari Melaka. Malahan nenek dan datuk saya dari kedua-dua belah ibu dan bapa juga orang Melaka. Saya bersekolah di Melaka sejak sekolah rendah lagi (kecuali darjah Satu. 7tahun pertama saya tinggal di Klang). Saya tinggal di Melaka sejak kecil lagi. Tidak Melaka kah saya? Bukan orang Melaka kah saya? Malahan saya rasa saya sangat 'hardcore' Melaka juga.

Umum hanya melihat perkataan yang tidak elok sahaja. Ada juga perkataan biasa-biasa seperti perkataan 'melesa-lesa'. Melesa-lesa bermaksud sesuatu yang dibiarkan meleret ke lantai/jalan/permukaan bumi dsb; kemudian dibiarkan terus meleret bak menyapu lantai.
Contoh ayat: Cik B memakai kain melesa-lesa hingga hujung kainnya kotor dan sukar dicuci.(mungkin selepas ini saya akan memperkenalkan perkataan biasa-biasa yang selalu disebut oleh orang Melaka)

Jika dilihat situasi sekarang, saya katakan mat rempit (setelah menonton filem Ahmad Idham) dan golongan muda-mudi kotaraya (setelah menonton Haru-Biru) lebih banyak menggunakan kata-kata kesat sebagai basahan di bibir mereka. Maka layakkah saya berkata: "Orang2 kotaraya dan mat rempit gemar berkata-kata kesat"?

Monday, 7 April 2008

Unattended

uhuk..uhuk...

It's dusty in here! I need mop,broom, and detergent.
Uh, look! Spiderweb!
Haha...

(^-^)/