Thursday, 13 November 2008

Ada Apa Dengan Diabetes?

14 November ialah World Diabetes Day.

Kenapa 14 November?
14 Nov. dipilih sebagai hari diabetes sedunia sbb itu merupakan tarikh kelahiran penemu (discoverer) insulin, Federick Banting. Beliau menerima Nobel Prize atas hasil kajian beliau yang gigih itu...Oh ye, untuk yang tak tahu, diabetes atau lebih tepat lagi diabetes melitus tu ialah penyakit kencing manis, bak kata org Melayu.

Adakah?

Adakah kencing perlu manis atau bergula untuk dikira sebagai penyakit? Oh ho, tentu tidak. Ada kes kencing tak manis tapi dikira berpenyakit kencing manis, dan ada kencing bergula tapi tak dikira berpenyakit kencing manis. So, apakah kencing manis itu. Ok, sebenarnya, penyakit kencing manis ini bukanlah diukur pada kandungan gula (glukosa) dalam air kencing (urine). Tetapi diukur pada kandungan gula dalam darah. Kencing manis didiagnos apabila kandugan gula dalam darah :

1) 7 mmol/L atau lebih (fasting)

2)11 mmol/L atau lebih (2hours after meal)

Tetapi lebih tepat lagi apabila kandungan glycated hemoglobin melebihi 7%. Apa itu glycated hemoglobin? Glycated hemoglobin terjadi apabila glukosa terikat pada hemoglobin secara kovalen tanpa bantuan enzim. Ukuran ini lebih tepat kerana kita dapat mengukur paras glukosa dalam darah sejak 3 bulan yang lalu.


Mengapa?

Kenapa kencing manis bahaya? Secara ringkasnya, paras gula yang tinggi dlm darah bagi tempoh yang lama akan menukar proses metabolik dalam tubuh dan mengubah keadaan salur darah. Keadaan ini menyebabkan berlaku kekacauan dalam semua proses asal. Salur darah menebal, mudah luka dan cepat tersumbat. Proses metabolik lemak terganggu dan akibatnya kandungan lemak pula menjadi tinggi dalam darah. Dan pelbagai lagi kekacauan melanda.


Jadi atas kesedaran bahawa penyakit diabetes melitus (DM) ini membawa 1001 komplikasi, masalah dan kepayahan, maka wajarlah dicegah sedari awal. Atau sekiranya tidak mampu dicegah kerana sudah disahkan mengidap DM, perlulah mengambil langkah awal untuk mengelakkan atau melewatkan komplikasi.

Bagaimana?

Sebenarnya untuk bercerita perihal pencegahan DM dan komplikasi memang panjang. Tetapi hari ini mari bercakap tentang pengetahuan kepada pesakit dan orang ramai sebagai langkah pencegah primer (education of the patient and the public as primary prophylaxis).



Pernahkah anda mendengar tentang sekolah diabetes? Sebuah sekolah yang mengajar cara-cara menguruskan diri sebagai pesakit diabetes? Di Russia, kewujudan sekolah diabetes memang tidak asing lagi. Kanak-kanak terutamanya yang mengidap diabetes melitus jenis 1 akan menghadiri sekolah ini. Mereka akan diajar pemakanan seimbang dan sesuai dengan keperluan, cara menyuntik insulin, dos insulin diperlukan, senaman, penjagaaan diri dan banyak lagi. Jadi pesakit ini sudah tahu betapa pentingnya insulin kepada mereka, perlunya untuk mengira dan mengambil tahu apa yang mereka makan dan bagaimana mengubah dos insulin mengikut keperluan. Ibu bapa atau kaum keluarga pesakit juga adakalanya menghadiri sekolah ini. Sesungguhnya, merawat penyakit diabetes ini bukan mudah. Perlu ada sokongan dari segi moral mahupun kewangan kepada pesakit ini.


Di tempat kami belajar, di Nizhny Novgorod berlangsungnya sambutan hari diabetes selama 3 hari bermula 13 hingga 15 November 2008, di Puppet Theater, Ulitsa Bolshaya Pakrovskaya. Kami baru sempat menghadiri hari pertama sambutan ini. Kami kelas 631 F telah dikehendaki menghadiri sambutan ini selama 2hari.


Apa yang menarik?
Sekitar dewan teater, terdapat banyak pameran berkenaan diabetes,antaranya tentang insulin, glucometer, ubat-ubatan, insulin pen, non caloric sugar dan banyak lagi. Terdapat juga pameran berkenaan penyakit kardiovaskular, alatan dari syarikat Omron, ubat gigi diabetes, jurnal-jurnal perubatan dan lain-lain. Pameran terbuka untuk orang ramai.


Profesor Strongin juga turut memberi ceramah. Ceramah beliau adalah berkenaan DM jenis 2: penyelidikan moden dan masalah lama. Oh ya, semua ceramah dalam bahasa Russia ya. Tetapi masih boleh difahami.:). Kami hanya sempat mendengar 3 ceramah sahaja termasuk ceramah oleh Profesor Strongin. Ceramah lain berkenaan masalah dyslipidemia di kalangan pesakit diabetes melitus dan kajian pesakit di hospital No.4.


Apa yang menarik ialah melihat kesungguhan pesakit-pesakit ini datang untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit mereka atau anak mereka. Bayangkan pakcik-makcik yang dah tua sanggup menaiki bas semata- mata untuk menghadiri majlis ini. Kami cukup terharu dengan kegigihan mereka. Sekurang-kurangnya, mereka mempunyai kesedaran. Alangkah baiknya jika pesakit di Malaysia juga begini. Bukan pesakit dan pelajar sahaja yang menghadiri majlis ini, malahan doktor2, pakar2 dan guru2 juga datang. Ada yang bukan dari Nizhny Novgorod.


Menarik di pameran:


Diari khusus untuk pesakit diabetes. Menarik, berwarna-warni, berinfomasi, kecil dan padat. Di diari ini, pesakit akan mencatatkan apa yang mereka makan, mengira jumlah kalori, unit roti (bread unit), dos insulin disuntik dan paras glukosa darah. Di dalam diari juga disertakan panduan berguna buat pesakit; seperti tanda-tanda hipoglysemia dan pencegahan, jumlah kalori dalam makanan dan unit roti, dll.

Terdapat juga buku panduan yang mengandungi senarai makanan beserta unit roti, pesakit tak perlu mengira lagi.
Dalam diari. Comel pula.

Risalah tentang kumpulan baru ubat diabetes: Incretin mimetic. Byetta.
Sampel gula bukan kalorik: Aspartame, jenama Sugar-Free.
Mahu kurus? Terdapat panduan menguruskan badan (lebih kepada promosi ubat sebenarnya) dan perihal Meridia (Sibutramine), sejenis penahan selera (appetite suppressant). Ubat ini membuatkan cepat rasa kenyang di sebalik kuantiti makanan yang kurang.
Sebahagian jurnal perubatan yang ada. Profesor Medvedev (cikgu cardiothoraxic)pun ada published hasil kajian beliau kali ini. Ada juga kajian tentang varicose vein of spermatic cord.

Akhir kata, selamat menyambut hari diabetes sedunia! Cegah sebelum kena.

15 comments:

HaZiFah said...

Maklumat yg bagus...
Ku x tau pn ader Hari Diabetis Sedunia?? :P

Neway TQ for the info

Anonymous said...

ye ader!kite perlu ambil berat...Cegah sebelum kena

Anonymous said...

nghehehehe syok nampak..

fiharian said...

aritu saya pernah dengar satu speech tentang nano robot sampai masih duk cari jawapan tetang nano robot yang dikata alternatif baru untu merawa pelbagai penyakit termasuk kencing manis.

nano robot sekumpulan robot kecil yang disuntik ke dalam saluran darah manusia untuk merawat pesakit tersebut... sekarang saintis masih lagi berusaha untuk menghasilkan nano robot tersebut

Anonymous said...

huyyooo... nano robot tu fungsinya apa? antibody? ke mcm virus-bacteriophage?

fiharian said...

hohohoho... sebenarnya aku baru nak berblog..heheh tengah cari pasal diabetis ngan nano robot terjumpa plak blog ni... ape pun usaha aku dah berhasil jumpa jugak benda tuu... tapi x paham sangat laa aku bukan orang bio...

nano robot tu adalah robot yang bersaiz sangat kecil... kecil sangat2 lebih kecil dari sel darah manusia... aku pun tak faham macam mana dia orang printkan benda tuu.. berdasarkan apa yang aku faham dalam speech yang aku pergi tu nano robot ni bertindak mengikut arahan yang akan diberikan ada yang bertindak untuk monitoring dan ada yang bertindak untuk tugas2 khas contonya bersih pembuluh darah ... nano robot ni wireles control ....

mmm bace jer laa kat sini aku ader kerja lain plak hehehe...

http://fiscience.blogspot.com

http://www.nanorobotdesign.com/article/diabetes/

Anonymous said...

i came across this blog by chance. kind of difficult for me to understand as it is written in BM but anyway to be more exact, the fasting glucose level should be 7 or more to be diagnosed as DM with Sx

'Ain Nasir said...

fiharian: thanx for sharing the info

Wilson: Tq for correcting. 6.1 mmol/L is the value for capillary whole blood. My mistake...
BTW, this post is meant to my other than 'medics' reader. This is kinda a medium for me to practise educating the public. I'm trying to use as simple as Bahasa Melayu here, avoiding sounds too 'medic' and I hope they get the msg.
Anyhow, thnx for dropping by, Wilson.

Anonymous said...

to be honest, how to prevent diabetes? I reali hope to know.
I reali think u would b a great doctor in the future. Great effort. Keep it up.
Btw, reali surprise tat u know i m wilson.

Anonymous said...

Wilson: well, I believe in primary prophylaxis (may be I sound too optimistic; I'm young, so my motto is prevention is better than cure). Seriously, I do hope in the future there will be a 'real cure' for DM. You get what I mean, right?

Btw, who else in Nizhny with the name Chee Wei Shen? :)

Anonymous said...

it reali depends on how u think. in my opinion, if u take DM as disorder of carbohydrate metabolism, primary prevention in this case would be too optimistic. How to prevent it when the cause is still not well known but if u take it as a cardiometabolic disorder then it sounds good.
I m not sure i should continue to write.... btw it is glad to discuss it with u..
i noe my own name but i suppose people here are more familiar with Wilson.

beluncas said...

ain, tahniah kerana berusaha membuat artikel tentang kencing manis yg senang di fahami. ni adalah salah satu effort yg murni! (ok2..ni ayat over..hehe).

selagi mana boleh, gunakan ayat2 yg senang public nk paham. bukan doktor je ade masalah nih, dulu masa aku study IT, ade org nasehat aku "your biggest challenge is to communicate what you know in a language that others can understand" =) sbenarnyer, aku rasa..apa2 profession pun, contohnyer mcm engineer and peguam, klu dorg leh educate the public with simpler language, itu sgt2 bagus =)

sharing is caring!

Nafisah said...

hi ain comey!! sory aku br ke surface.hee

ms blaja anat dlu aku xdpt nk link clavicle tu org kg aku panggil tlg selangka dan scapula adalah tlg belikat..

public terms nih nmpk simple tp penting. doctor x bley shock sendiri! :P

Anonymous said...

hai ain.1st time commenting :)
ade sekolah diabetes kt russia?
mmg impressive..
education of public mmg la benda paling crucial in preventive medicine.
unfortunately,di india,primary prevention selalunye failed sbb masalah literacy n lack of public awareness,despite a vigorous national programmes.

Dr. Nur Farhana said...

kat malaysia pon selalu fail bila time cuti sekolah kenduri kahwin...nnt pakcik2 ngan makcik2 dengan comelnya ckp..kenduri banyak sangat...xleh tahan :)) doktor pon mula muka masam...