Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini merupakan update ringkas.
Saya sungguh tidak berpuashati dengan generalization terhadap orang Melaka.
Generalization nya berbunyi begini: Orang Melaka bukan kasar ke percakapannya? Suka mencarut-carut?
Persoalan ini dilontarkan oleh En. ClassRep. pada hari ini. Ini bukan yang pertama. Malahan acapkali apabila sesi berbual-bual mengenai negeri kelahiran, soalan ini akan timbul. Kali pertama saya mendengar soalan ini ialah ketika di Mozac Bumi Bertuah. Seorang sahabat berkata: "Orang Melaka suka cakap kasar lah. Dulu aku tidak pernah sebut ba alif ba ya. Sekarang sejak sekolah kat Melaka, aku dah jadi terbiasa."
Saya hairan, saya pelik. Apakah kaitan dengan orang Melaka? Saya tidak pula gemar mencarut-carut. Malahan berkata seperti itu tidak mencerminkan peribadi seorang muslimah dan intelek pada saya.
Perkataan seperti 'lahabau' dikatakan berasal dari Melaka. Namun, saya tidak pernah mendengar orang di kampung saya menyebutnya, samada tua mahupun muda. Atau saya yang kurang bergaul dengan orang2 di kampung? Malahan apakah maksud perkataan itu tiadalah saya tahu.
Apabila perkara ini dibangkitkan, saya akan bertanya kembali kepada si penanya: "Adakah pernah mendengar saya/aku berkata sedemikian? Pernahkah terlihat/terdengar saya berkata kata-kata carut-marut kepada anda/sesiapa sahaja?"
Biasanya, mereka akan terdiam dan membalas seperti:"Kamu/kau lain. Aku dulu ada kawan dari Melaka, mereka begini dan begini".
Saya adalah anak jati Bumi Hang Tuah, ibu bapa saya berasal dari Melaka. Malahan nenek dan datuk saya dari kedua-dua belah ibu dan bapa juga orang Melaka. Saya bersekolah di Melaka sejak sekolah rendah lagi (kecuali darjah Satu. 7tahun pertama saya tinggal di Klang). Saya tinggal di Melaka sejak kecil lagi. Tidak Melaka kah saya? Bukan orang Melaka kah saya? Malahan saya rasa saya sangat 'hardcore' Melaka juga.
Umum hanya melihat perkataan yang tidak elok sahaja. Ada juga perkataan biasa-biasa seperti perkataan 'melesa-lesa'. Melesa-lesa bermaksud sesuatu yang dibiarkan meleret ke lantai/jalan/permukaan bumi dsb; kemudian dibiarkan terus meleret bak menyapu lantai.
Contoh ayat: Cik B memakai kain melesa-lesa hingga hujung kainnya kotor dan sukar dicuci.(mungkin selepas ini saya akan memperkenalkan perkataan biasa-biasa yang selalu disebut oleh orang Melaka)
Jika dilihat situasi sekarang, saya katakan mat rempit (setelah menonton filem Ahmad Idham) dan golongan muda-mudi kotaraya (setelah menonton Haru-Biru) lebih banyak menggunakan kata-kata kesat sebagai basahan di bibir mereka. Maka layakkah saya berkata: "Orang2 kotaraya dan mat rempit gemar berkata-kata kesat"?
Lama tak update
13 years ago
13 comments:
hello kak ain..hehe.
well, i think that it is so not fair to judge people just like that though.
exactly, people tend to look on the bad side, rather than the good ones.
anyways, cheer up!;)
Assalamualaikum. Hmm, such an unfair statement there. When people generalized Muslim's with terrorism, was that fair? If not than please stop such nonsense. I've stayed in 1/4 of Malaysia and do believe me, there are people in that places far worst than people in Melaka.
salam..
hehe..memang tak patut pun suka hati nak label orang..apa nak buat..mulut kadang2 susah nak dikawal..apa kata kalau dengar org yg suka buat generalization cam2,balas blk..(idea jahat dan x digalakkan..=p)..-ha,ko org negeri ni..mesti org negeri ni suka fitnah n label org ln kan. =p.hehe..tp lg baik sabar jela..dh tau kite xtergolong dlm kelompok 2..abaikan je..bukannyer biarkan maruah negeri kite tercemar..tp just sabar n xnak besarkan isu..nti lma2 diam gak mereka yg berbicara..just my opinions only..=]
Ileena: Hello Nana, welcome to my blog. (^_^)/
Quite true, it's like looking at a tiny black dot on a piece of white clean paper. Ppl tend to overlook how clean & white the paper is by focusing more on that tiny black dot.
Ade je stigmatization yg baik utk telinga(but I rs untrue). Ally once told me that someone made a statement saying that women/girls from Melaka can cook well. The worst is the best from other states. Off course le mule2 'kembang' mode tp tu sgt la untrue. Ramai je org yg lg pandai msk tak kira dari ape state pun & my sister (F4 yg dok rumah tu) tak reti pun, potong bawang pun tidak lepas piawai. Hehe
Fairuz: Huhu,,,rilex En. F. Take a deep breath. In...out..hehehe :D. Hmmm, may be fellow Muslims should set a good example 1st. Prove that what is heard or seen isn't as it may seem.
'worst'? So, we're bad?
hihihi...main2 je, jgn marah ye En F...:D
Kamil:Hmmm, bak kate KRU,"Diam adalah pintar" <-- lyric dlm lagu Fanatik. Hehehe
Huhuhu, adekah ter'emosi' disitu? Takdela, like, since 'Ain sklh sampai skrg ni, dr MAS to Nizhny, still org ckp cmtu. Yg tu contoh je. Tp btl jg, people is more focus on the bad stuff than the good ones. Huhu, takdela, bukan nk kate org Melaka teruk, or semua org Melaka teruk. To be franked, each placed that I lived mmg ade sikap yg baik, and ade bnde yg tak. Tp takdela sampai membuatkan Fairuz generalize kan people kt situ. :). Takpela, I know tak semua org Melaka kasar or teruk. Org Melaka yg Fairuz kenal baik2 je. :D
En.F: 'Org Melaka yg Fairuz kenal baik2 je'
saya kah org itu..Hihihi (^_^)v
cik ain...
pade pandangan aku la,org yg nak cakap sumone tue cakap kasar,die kene dulu duduk di kelompok org2 sebegitu.paham keadaan dulu.jgn laa asal masuk sehari due dah reti nk judge org itu ini...
let say ko datang trg..trg punye accent sikit punye kasar.mmg kasar aku tak tipu.frankly speaking aku tak suke loghat trg (aku membesar di trg sejak berumur 4 thn-tingkatan 4)...tapi bile ko dh lame duduk dengan masyarakat camtue,dah bercampur gaul dengan diorg,dah tau budi pekerti diorg, ko akan dapat nilai org tue baik atau sebaliknye.bukan menilai org berdasarkan percakapan semata!
kelantan plak..accent diorg sikit punye meleleh..menggoda bukan main.tapi tak semestinye bile accent diorg camtue, diorg tue penggoda ke ape.in fact, ramai je bijak pandai alim ulama' datang dari negeri cik siti wan kembang ni...
org cakap bahasa melambangkan bangsa...yesss!!!bahasa melambangkan bangsa..tapi bukan dialek melambangkan budi pekerti kan???
Cik Amy: Fuhh, sebuah comment bernas & berapi bak mi mamee kari berapi Mawi!
Saye suke sangat melayar ke laman web cik Ain kerane dpt mengintip "the other side" of Cik Ain yang biasanye disembunyikan drpd khalayak ramai, cthnya :
"En.F: 'Org Melaka yg Fairuz kenal baik2 je'
saya kah org itu..Hihihi (^_^)v"
Oh! SO CUTE (plus sikit kegediksan yang biasanya memang tidak akan muncul dlm daily life group F)>>>>>
*faints*
okla, better comment on the post before being bombarded by amy.
Stigma, memang something which is omnipresent in the world today:
Just to name some:
"blondes are stupid stigma"
"Russian graduates are incompetent stigma"
"Islam-terrorist stigma"
"Chinese is selfish stigma"
"Wanying is genius stigma"
"Wanying is kind and cute, sugar and spice and all that's nice stigma"
So wat to do? Just have to prove the stigmatizors wrong la!
As for the last two stigma egs that I have given, well, I can't prove them wrong, coz it's true wat =)
BUAHAHAHAHAHAH
Wan Ying: U're sooooo gedixx to the max!
cik ain..kamu dan wan ying sama naik...hahaha
aku sudah tidak mahu menjadi ulat bulu lagi.mahu membina kepompong yang kuat sekarang supaya nanti hasilnya kupu-kupu yang cantik dan menawan =)
hehe pnjng ko post..cuma...perkataan melesa-lesa itu cuma d'guna'n kat umah kita je.Aku rasa org lain x pakai.Kalo ko kata cm Hari Mantai {merujuk pd hari bz time preparation sblm smbt hari raya} itu br org2 kg kita pakai
Lg satu,kita mmg x guna'n bahasa pure Melaka sbg cth lahabau sbb kg kita m'guna'n dialect Bahasa Negori (Kalo ko pasan la) Org2 kg kita lbh ckp bahasa negori banding melaka.Tuk Musa kita mmg btl2 ckp bahasa Melaka...
~~sekian
Kak No: org dah buat survey la...Org ty kwn2 dari Melaka or berasal dari Melaka (tp tinggal kat luar). Diorg tw la melesa-lesa tu pe...
Ye, Hari Mantai (hampir terlupa)
May theory kite terpengaruh negori leh diterima pakai.
Bercerita psl Tok Musa, rindu lak die, ape khabar eh die?
Post a Comment