Jalan-jalan di alam maya, akan terjumpa blog seorang gadis manis yang
menulis dalam entrinya: I hate politics, hate politicians. They all
the same. Kemudian dalam entri lain secara tidak logis dia menulis merungut
darihal petrol makin mahal, barang sudah naik harga atau dalam perjalanan ke
UpTown dia sakit hati membayar tol, dan bla, bla, bla...apa dia ini bengong atau
apa?
Apa dia tidak faham logis atau apa.Politik yang dibencinya, yang tidak
dipedulikannya (justeru dengan bangga dia mengisytiharkan: so that's why i
am not going to cast my vote, i dont even register) adalah satu perbuatan
yang tidak logis dan tidak bersesuaian dengan rungutannya.Bukan, ini bukan entri
untuk berkempen.
Saya seperti sang gadis, i just hate politics (dalam erti kata
kepartian)...tetapi saya pengarang, yakni saya seniman yang mana pengarang
kominis seperti Pramodeya Ananta Toer PUN berpesan 'politik adalah
segala-galanya, politik adalah panglima dalam kehidupan'. Itu kata Pram. Nah,
sebagai muslim, tambah-tambah lagilah saya adalah makhluk politik. Makhluk
politik Islam adalah makhluk yang logis.
Benar, sebagai makhluk politik menyertai parti tertentu belum tentu
menunjukkan kita berpolitik. Tetapi mengambil kira rungutan sang gadis, tentu ia
menjengkelkan kerana dia memang tak mahu membuat pilihan. Kemudian dia memekak
hal yang dia sepatutnya menentukan tetapi tidak dibuatnya.Gadis dengan blognya
itu bagi saya contoh manusia tidak logis. Manusia yang ignorant adalah manusia
yang tidak ada logis. Untuk ignorant, dia juga boleh dihujahkan jahil dan untuk
jahil sekutunya ialah angkuh. Ini gadis yang tidak ada logis, jahil dan
angkuh.Dia pentingkan diri. Kemudian kita rasa meluat kerana dia mengadu-ngadu
dalam blognya (betul, itu blog dia, dia boleh merungut apa sahaja...) yang dia
rimas Malaysia, negara tercintanya jadi sekian sekian dan tidak jadi
sekian-sekian seperti kehendaknya.Lebih meluat, dia ini bukan jenis gadis yang
kita lihat berlegar di Mid Valley atau KLCC tak ada arah. Dia pelajar institut
pengajian tinggi, (pelajar IPT tidak logis? Dalam konteks masyarakat ini kes
mati di pucuk.)
p/s: hmm.....
4 comments:
moralnya: jangan jadi ignorant... kata ain sambil didikasikan kepada aku...
Can you tell your fren that he's actually being the illogical one? Having not uphold the blogger's right of ranting in her own space, he has proceeded in a very demeaning way of blogging and insulting her as "meluat", "anguh", "jahil" and watever else I didn't register.
Shud I say now, Look who's talking>?
dont be ignorant then if u want a better life kan?
wan ying's rite also.tapi wan ying ain's fren tue pon ade hak jugak nk tulih ape yg dia suke kat blog sendiri kan?
some how, the point here is dat kite kene respek other's opinion walopon kite not totally agree wif them,aite?
amani: jgn jd ignorant tuk sume pun..kate2 ni bkn utk ko, utk semua dan diriku jua
wan ying:He's not my fren. He's my fav writer. Not that he's not respecting other's opinion, he's just asking us to think logically and act accordingly. Our thinking should be synchronous with the act.Bak kata pepatah:"Cakap kena serupa bikin".
It's my mistake to paste some of the article. May B U shud read the whole of it.
Nway, aku pun tak register.
Amy: I second that.
Post a Comment